Dengan segala hormatnya perkara dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Jeli dan Ayer Lanas akan mengadakan BENGKEL SISTEM AUTOMASI PENGURUSAN PROGRAM NILAM sebagaimana berikut :
Tarikh : 22 April 2014
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : PKG AYER LANAS ( SK GEMANG )
3. Sehubungan itu, pengurus sekolah diminta menghantar Guru Perpustakaan dan Media (GPM) atau penyelaras Nilam sekolah tuan bagi tujuan bengkel tersebut. Surat telah diedarkan melalui peti edaran PPD Jeli. Peserta dikehendaki membawa bersama :
i. Laptop
ii. Broadband (jika ada)
iii. Extension wayar.
4. Kerjasama dan tindakan tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Bakri Md Nor
PTP 1
Pusat Kegiatan Guru Jeli
Ulasan
Catat Ulasan